Zafeera Boutique

Friday, February 10, 2012

Surat Untuk Haris


Baju hijau pucuk masih tersarung indah pada tubuhku. Aku tersenyum namun hati beralun resah menyelongkar itu ini. Diari, dimanakah kamu? Diari itu terselit sepucuk surat yang aku simpan empat tahun lamanya. Surat itu juga aku harap dapat aku hulurkan pada manusia yang aku ingin dia baca dan tafsirkan. Surat yang aku tidak pasti perlu atau tidak aku berikan.

Di mana???! Arghh, suhu darahku sudah meningkat dek kerana amarah tidak berjumpa diari yang dicari. Sementara dia tidak melangkah masuk ke bilik ini, aku berharap akan cepat ketemu. Aku ingin membacanya buat kali terakhir sebelum aku lupuskan warkah itu dari alam nyata. Juga sebelum aku luputkan segala harapan dan impian agar bersemadi bersama perginya warkah empat tahun itu. Cepatlah!

Mata aku akhirnya melirik pada kotak kasut di bawah katil yang tersorok jauh. Ya! Disitu! Lupa pula aku mengalihkan kedudukannya tatkala aku terlalu asyik membacanya berulang kali. Tidak ditambah lagi berapa kali hati aku mencerlung derita. Betul! Di situ. Aku mengambil perlahan. Berdebar juga. Setelah sekian lama aku simpan, hari ini aku umpil kembali. Membaca sebelum aku kebumikan terus.

Perlahan aku buka, dan setiap baris ayat aku layarkan…

Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, aku mulakan bicara.
Kehadapan seorang manusia yang ingin aku miliki hatinya.

Ahmad Haris,
Saat aku layarkan warkah ini buat kamu, pasti dalam hatimu penuh bicara benci untuk seorang gadis bernama aku, bukan? Tidak kisahlah. Engkau layak untuk benci itu, dan aku layak untuk tindakan aku ini. Dan kita sama-sama tidak mengerti tentang perjalanan hidup yang sengaja kita kelirukan. Sungguh aku bercelaru. Andai surat ini berada dalam tanganmu, anggaplah segala rahsia hati aku terlerai sudah.

Ahmad Haris,
Masih ingatkah saat kita masih kecil remaja. Ya, kita di tingkatan 4. Dan sekarang aku dan kau sudah pun menginjak dewasa. Kita sudah 21 tahun sudah. Manusia begini kalau aku masih tidak mengerti perasaan yang Allah lahirkan dalam hati aku untuk kau, maka tidak normallah aku. Har, sungguh aku ingin kau tahu. Saat kita meniti hari bersama, saat itu jualah aku berkira sendiri. Beginikah rasa meniti usia remaja bersama jejaka sekacakmu. Namun tidak sama sekali aku hancurkan persahabatan yang terjalin hanya kerana rasa yang baru bertunas ini.

Ahmad Haris,
Segala yang tercipta pasti ada rahsia tersimpan. Dan aku yakin dengan kisah aku bersama kamu. Masih ingatkah kamu saat nombor aku tertera pada skrin telefon kamu. Satu nombor pengacau aku kira. Itulah silap terbesar dalam hidup aku. Har, masa tu aku terlalu taksub dengan telefon bimbit yang aku beli. Dan ketaksuban itu bertambah tatkala aku memperolehi nombormu. Bodoh benar aku saat itu. Dan benarlah firman tuhan yang menegaskan bahawa janganlah dihampiri zina. Aku sengaja memilih jalan itu. Jiwa remaja, yang mengundang nestapa hingga saat aku di sini.

Ahmad Haris,
Aku gembira mengenali kamu. Seorang tahfiz yang tidak jemu membantu aku. Tahfiz yang kerap menasihati aku. Aku sungguh gembira mengenali kamu. Seorang tahfiz berpewatakan segak. Tahfiz penuh dengan unsur-unsur nasihat. Tahfiz yang aku kagumi. Itulah selayaknya. Namun Har, aku terlupa bagaiman sifat manusia yang kerap berubah seketika.

Ahmad Haris,
Ingatkah kata-katamu yang ingin memiliki aku. Ingatkah janji-janjimu ingin mengambil aku sebagai surimu? Ingatkah setiap baris ayatmu yang ingin menyuntingku? Har, lupakah kamu kita baru di tingkatan lima. Hati dan perasaan boleh kecundang dek berkhayal jauh tentang masa depan yang masih belum dipastikan hitam putihnya. Tapi Har, aku tidak dapat sama sekali menipu memang aku sudah menetapkan setia bahawa dalam hati aku sudah dimiliki kamu. Sekalipun begitu, aku masih berpegang dengan prinsipku, cinta hanya pada masa dan mereka yang selayaknya. Umur menafikan cinta sebagaimana kematangan tidak membenarkan. Dan saat itu, aku kerap mengulang ayat..andai benar kau untukku, aku gadis yang tercipta dari tulang rusukmu, pasti, aku tetap menjadi milik kamu. Dan engkau acap kali mengingatkan aku tentang setia, tentang hanya aku akan berada di hati kamu, tentang hanya aku yang ingin dikahwini kamu. Bodoh benar zaman remaja. Ah, air mataku menitis lagi!

Har, ini pun aku ingin kamu selalu tahu,
Walaupun bibirku tegar menyatakan tidak tentang hubungan itu, hati aku lain pula bicaranya. Aku sungguh terlalu setia dengan kamu. Aku juga sudah meletakkan hati aku untuk kamu. Tiada dua atau tiga, untuk lelaki yang akan aku gelarkan sebagai suami selain dari kamu. Bahkan, aku tidak meletakkan istilah ‘spare part’ untuk kamu. Har, aku setia. Hingga saat ini. Aku menjaga hati kerana tidak mahu zaman remaja aku, zaman remaja kamu hancur dek dunia perasaan yang menipu. Aku ingin kita menjaga setia dan berjaya. Kerana masa depan hanya ditentukan DIA. Hanya DIA. Namun, kamu berpaling terlebih dahulu. Mungkin doaku belum pasti untuk kamu. Dan juga mungkin aku bukan gadis terbaik untuk tahfiz seperti kamu. Aku hanya gadis biasa. Yang biasa-biasa sahaja. Dan kerana biasa itu, kamu tidak berhenti menyatakan, itulah keistimewaan aku. Har, aku rindu kamu!

Ahmad Haris,
Ada satu ketika kita bergaduh besar. Hanya kerana aku menyaksikan kamu bergembira dengan gadis selain aku. Aku kecewa har! Ketika kamu melangkah ke alam kampus, ketika semua gadis terpana dengan kekacakan tahfiz yang kamu ada, ketika dunia kamu dipenuhi dengan keindahan. Aku, aku kau tolak ketepi. Aku bukan lagi sesiapa di hati kamu. Aku hanya mungkin mimpi ngeri bertandang sekejap dan meniggalkan calit hina. Har! Hati aku haru! Namun, aku sering meletakkan bahawa manusia akan berubah. Pasti berubah. Apatah lagi kamu, yang mengendong quran yang suci di dalam hati. Kalau pun kamu akan berubah nakal, al-quran yang kamu hafal pasti menujukkan jalan. Agar kamu tidak tersungkur jauh. Har, nyatakan pada aku bahawa keyakinan aku ini tidak pernah silap!

Ahmad Haris,
Masih ingatkah juga ketika aku pulang berjumpa kamu. Aku telan segala perubahan kamu. Aku kunyah lumat segala perbezaan kamu. Kamu bukan Haris yang selalu aku kenal. Kamu bahkan menjadi Haris yang baru. Namun, kamu menerima aku. Aku tersenyum bahagia. Semakin mekar bila kamu membicarakan bahawa setiap gadis yang bertandang dalam hidup kamu dulu hanya persinggahan. Walaupun aku kecewa, tersangat kecewa, tetap aku telan. Har, lupakah kamu tentang ayat yang selalu kamu bicarakan. Apakah aku mahu bakal suamiku memilik ramai perempuan? Jika tidak, aku harus menjaga lakuku. Wanita yang baik hanya untuk lelaki yang baik. Lupakah kamu?

Namun, aku tetap telan. Biarpun apa yang menimpa. Aku menerima kamu tanpa syarat, Har. Langsung tanpa syarat. Kini, sudah hancur, punah, musnah! Kamu menunjukkan seorang wanita lagi. Dan, kali ini aku tidak mahu terus menelan. Aku perlu juga menjaga hati yang robek dikoyak kamu. Aku memilih melangkah jauh dari kamu. Dunia kamu, dunia aku sudah jauh berbeza. Kita tidak mungkin lagi dapat berjalan atas laluan yang sama. Sama ada aku tersungkur atau kamu yang akan menolak aku. Kerana dalam hati kamu, aku hanya sampah yang harus dijentik ke tepi. Aku faham maksud tersirat kamu.

Ahmad Haris,
Bukan perkara mudah melupakan kamu. Buktinya sampai saat ini kamu meniti setia dalam setiap hari aku lalui. Har, juga bukan mudah untuk aku memadam segala bentuk perkara yang menghubungkan aku dengan kamu. Tindakan gila ini aku terpaksa lakukan hanya kerana ingin memujuk hati, jika benar kamu lelaki terbaik untukku, terbaik untuk agamaku, terbaik untuk duniaku, terbaik untuk akhiratku..kamu pasti akan kembali dan menjadi milikku. Kerana, aku adalah sebahagian dari tulang rusukmu. Namun jelas, kesetiaanku sudah tiada makna. Langsung tiada.

Ahmad Haris,
Lupakah kamu saat aku membalas mesej kamu. Aku menipu ngatakan aku akan pergi jauh. Aku fikir kamu akan bertanya lanjut, ke mana aku. Tetap silap. Kamu hanya menyindir dan mendoakan keselamatan jasadku. Dan kini aku mengerti, aku memang sudah tiada tempat dalam hatimu.

Har,
Sampai sini sudah warkahku. Tidak tahu apa lagi ingin aku bicarakan. Juga tidak mahu air mata ini menitis tanpa harga. Har, sungguh aku sayang kamu, sungguh aku ingin kamu…menjadi sebahagian aku. Aku masih setia. Andai satu hari nanti kamu kembali mencari aku, carilah aku. Aku menanti kamu. Jika tidak, doakan aku berjaya melupakan kamu. Doa tahfiz mudah di kabulkan. Bolehkan Har?

Ahmad Haris,
Ini kali terakhir aku ingin menyebut penuh namamu. Percayalah, sekalipun wanita yang bakal tercipta dari rusukmu itu bukan aku, percayalah walaupun aku akan kecewa, aku hanya ingin yang terbaik untuk kamu, meski hati aku kamu remuk berjuta kali. Jagalah hati wanita itu, kerana aku tidak mahu ada lagi wanita menderita seperti aku…kerana kamu…

Yang tulus,
Aku..

Air mata mengalir juga. Mengalir lagi. Oh tuhan, tabahkan aku.

“Sayang?”

Senyap.

“Sya?”

Itu suara suami aku, dan aku tidak boleh merahsiakan segalanya kerana dia berhak ke atas aku. Sepenuhnya, termasuk cerita-cerita lalu.
“Sya menangis? Kenapa? Tak gembira kahwin dengan abang?”

Lelaki bernama Ruzaini aku pandang dalam. Aku yakin dia juga penuh persoalan mengapa. Hari ini hari pernikahan aku. Patutnya aku gembira. Lelaki ini aku kenali ketika dia menguruskan aku di wad kecemasan akibat asthma. Dan aku tidak ingat bila dia melamar aku, yang pasti dalam sujud istikharahku, memang benar dia jawapannya. Berkali-kali aku nyatakan aku bukan sesiapa jika dibanding dia. Setiap kali itu juga dia akan menegaskan kerana aku bukan sesiapalah dia mengahwini aku.

“Surat ni, saya nak bagi seorang lelaki yang saya cintai. Itu dulu. Saya nak musnahkan, tidak ingin ingat apa-apa lagi. Setia saya wajib untuk awak..err.. abang. Tapi, saya kena jujur dan menceritakan sebelum segalanya bakal menjadi teruk,”

Aku bersuara tenang dalam ketar. Aku unjukkan juga surat itu. Biarlah. Biarlah kalau dia akan berkecil hati dan memarahiku. Aku redha. Dan, dengan perlahan dia mengambil kertas separuh lunyai dek basah dengan air mata aku. Dia melipat penuh berhati-hati membiarkan aku tertanya-tanya. Lelaki ini memandang tepat, namun kerdipannya penuh sayu dan tenang.

“Sya isteri abang. Pandang sini. Saat abang melamar Sya, saat itu abang menerima setiap buruk baik Sya. Abang fahami setiap yang telah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku antara kita. Yang lepas tidak dapat diputar kembali. Abang terima Sya, dan masa lampaumu itu. Sya, tanpa surat ini pun abang tahu hatimu sudah terisi dengan manusia lain yang pasti bukannya abang. Matamu dah menceritakan segalanya, penolakan berkali-kali Sya ketika abang melamar juga nyata ada rahsia. Lagi jelas bila abang tanya kenapa, Sya tidak menjawab. Abang belum bodoh untuk mengetahui manusia begini. Sya, abang juga istikharah. Jawapannya tetap kamu. Sya lah wanita terbaik untuk abang, untuk agama abang, untuk dunia dan akhirat abang. Sya juga manusia yang melengkapi tulang rusuk abang. Bantulah abang membina mahligai istana didunia dan kahirat dalam mencapa redha DIA dan melengkapi sunah nabi kita,”

Dahi aku dikucup perlahan. Ya Allah, besar sungguh perancanganMU. Selagi aku terus bergantung padaMU, selagi itulah engkau tidak pernah berhenti mengurniakan yang terbaik untukku. Ya Allah, kekalkanlah perasaan ini dalam hidupku. Sungguh, aku bahagia bersuamikan suamiku, dan aku tidak ingin meminta lagi selepasnya apatah lagi mengingati sebelumnya. Biarlah aku menjadi isteri kepada manusia ini Ya Allah….

Sunday, November 6, 2011

Chapter 3 : Kisah Cinta Azmi


Azmi masih termenung lagi. Fikirannya melayang-layang seakan mengiringi tarian daunan yang sedang asyik dengan dodoian hembusan bayu.

Azmi teringat akan seorang gadis yang pernah di kenalinya sewaktu menjengah di USIM dahulu. Seorang gadis yang pertama berjaya memikat hati Azmi secara diam. Nur Atikah Bt Bakaruddin. Nama yang sangat sempurna bagi Azmi. Pengenalan selama setahun memberi harapan pada Azmi. Azmi menjangkakan dialah orangnya. Pernah juga Azmi menceritakan pada ibu tentang Atiqah. Ibu faham. Azmi sedang enak di belai cinta. Azmi sedang didodoi rindu. Namun ibu hanye tersenyum sambil memberi nasihat.

"Nur Atiqah masih muda, Azmi. Mungkin suatu hari die akan bertemu dengan pemuda yang mulia dari keluarga yang berada, cintamu Azmi pada waktu itu tiada harganya." ujar ibu sambil membelai rambut Azmi.

Azmi dan Atiqah tak pernah mengungkap cinta. Mereka hanya berhubung sekali sekala. Namun Azmi pasti Atiqah adalah wanita solehah yang sering diimpikannya. Cinta Seorang bidadari yang sering diangankan oleh para pemuda. Azmi pasti Atiqah mampu memahami hasratnya. Namun tiada ungkapan yang jelas dibalas Atiqah. Hanya kiasan-kiasan indah yg membisik ke dalam jiwa Azmi.

Mungkin Benar kata Ibu. Cinta Azmi tiada harganye. Cinta Azmi ibarat sampah yang tidak boleh dikitar semula. Nur Atiqah tidak lagi menghubunginya setelah melanjutkan pelajaran ke Mesir dalam bidang perubatan. Nur Atiqah seorang doktor, pasti mahukan seorang doktor juga, fikir Azmi. Siapalah Azmi. Anak Kampung yang hidup dalam keluarga yang melarat yang terpecah berai. Atiqah merak kayangan dan Azmi hanyalah gagak di rimba.Huh, Bagaikan pungguk merindukan bulan!!Bisikkan syaitan terus menerus mencari hiburan.

"Benar katamu ibu..."bisik Azmi. Kalaulah ibu masih ada, ingin saja dibisikkan pada telinga ibu. Azmi menangis tanpa sedar.

Azmi meniti liku-liku hidup seperti biasa dan akhirnye bertemu dengan Maznah. Seorang Pegawai Perubatan di Hospital Klang. Azmi bersama Maznah rancak bercinta. Kemana-mana berpelukkan dan berpimpin tangan. Mungkin keciwa dengan cinta dari seorang gadis "solehah" maka Azmi berubah. Setiap hari makin jauh dari tuhan, makin hilanglah hidayah dalam hatinya. Sehingga apabila ibu pergi selamanye dan Azmi dimasukkan ke wad, maka hilanglah bayangan Maznah entah kemana. Cinta sejati yang sering meniti dibibir Maznah juga perkataan dusta. Cintanya Juga berlalu bagaikan angin monsun yang datang dan pergi. Ke mana Maznah ketika dia amat diperlukan dalam hidup Azmi? Inikah balasan untuk Azmi yang setia mendengar tangisan Maznah selama ini? Di manakah kau Maznah?

"Maznah!!!!!!!!!" Jerit Azmi tiada henti di wad Psychiatry HUKM sehingga Doktor datang memberikan suntikkan.

Mungkin benar cinta seorang lelaki seperti Azmi tiada Harga. Tiada nilainya. Atau mungkin perempuan semua sama?Cinta mereka hanya bersandar pada harta pangkat dan rupa?Ya. benar!! Azmi percaya!! Semua perempuan adalah sama!! Tiada beza buat yang bertudung labuh ataupun yang berbajukan kulit.

Azmi mungkin terlupa. Cinta yang harus dicarinya seharusnya cinta Ilahi. Bukan cinta manusia yang fana. Hidup adalah tarbiah dari tuhan. Dan inilah ingatan kasih dari tuhan untuk Azmi supaya kembali.


********************************


Azmi terjaga dari lena. Suntikkan yg diberikan melemahkan Azmi. Tangan dan kaki terikat.
Dalam keadaan mamai Azmi melihat seorang bidadari berbaju putih mendekati Azmi.

"Saya Dr Nur Atiqah, dr pelatih baru di sini. Saya akan lepaskan ikatan En Azmi kalau En Azmi berkelakuan baik. Eh? En Azmi....Azmi ke?"

Azmi berase sungguh malu. Azmi sepatutnye bertemu Atiqah dalam keadaan gagah dan hebat seperti dulu. Namun ape yang berlaku hari ini tak dapat azmi bayangkan.

Monday, October 24, 2011

Nama aku AZHARI.

Name azhari tak glamour? name untuk mat bunge je? Sape kate?..cube try surf internet wuuhhh boleh tahan gak :

1- DATO' DR. MOHD AZHARI YAKUB

Deputy CEO/Chief
CardioThoracic Surgeon IJN
MBBS (Western Australia)
University of Western Australia
F.R.C.S (The Royal College of Physicians & Surgeons of Glasgow)

2- DATO' DR. HJ. AZHARI ROSMAN

MBBS (UKM, Malaysia) MRCP (UK)
Consultant Cardiologist & Electro Physiologist IJN

3- PROF. IR. DR. AZHARI BIN MD. SALLEH

4- Azhari Ahmad , RAIHAN

5- Azhari, NOWSEEHEART

6- DR AZAHARI HUSIN

nie yg paleng glamour nie!! ta leyh tinggal..

7-Dr. Azhari Hamid Nour

Lecturer
Faculty Member, Faculty of Industrial Sciences & Technology (FIST)
Universiti Malaysia Pahang (UMP)

8-Azhari Mohd Zain

sape ntah nie, aku pon ta kenal huehehehe...

9- AZHARI LEGAL CONSULTANCY

JGN jeles hehe...

10- UST AZHARI DRUS (macam nie pon boleh...=p)

Heh, cukup la sepuloh, nanti esok2 sambong..banyak sangat la pulak~ =p

Jap2! ade yg tertinggal ~

11- Azhari -Ar-Rantisi.... hehehe


Sunday, October 9, 2011

Chapter 2 : Mengharap Sinar Baru


Ujian belum berakhir. Mungkin baru permulaan. Azmi tak menduga ujian itu seberat ini. Baru Semalam Azmi melihat wajah ibu yang sedang lena. Penat lelah yg selama ini di tempuh mewarnai wajah ibu.

Dan hari ini ibu telah tiada. Azmi bagai hilang arah. Satu persatu dugaan ditempa. Belum sembuh luka lama, luka baru pula yang cuba menghiasi hidup Azmi. Ibu pergi seusai solat subuh. Katanya mahu berehat sebentar sebelum mula bekerja. Rupanya ibu pergi berehat untuk selamanya.

Kehilangan Ibu satu tamparan besar untuk Azmi. Azmi tak sekuat dulu. Hilang sudah ceria dari wajahnya. Lenyap sudah senyuman manis dari bibirnya. Azmi mengurung diri selama hampir setengah bulan. Perubahannya cukup ketara, sehingga di bawa oleh saudara mara ke hospital.

Azmi disahkan Dr mengalami kemurungan yang teruk. Mulai saat itu ubat penenang menjadi makanan Azmi.

Azmi pasrah. Tiada apa yang boleh dilakukan. Cuma hanya berharap sinar baru akan tiba esok hari.

Sunday, August 28, 2011

Kisah Seorang Pendoa



Ketika Ku Mohon Pada Allah Kekuatan,
Allah Memberi Ku Kesulitan Agar Aku Menjadi Kuat.

Ketika KU Mohon Pada Allah Kebijaksaan,
Allah Memberi Ku Masalah Untuk Ku Pecahkan.

Ketika Ku Mohon Pada Allah Kesejahteraan,
Allah Memberi Ku Akal Untuk Berfikir.

Ketika Ku Mohon Pada Allah Keberanian,
Allah Memberi Ku Kondisi Bahaya Untuk Ku Atasi.

Ketika Ku Mohon Pada Allah Sebuah Cinta,
Allah Memberiku Orang-orang Bermasalah Untuk Ku Tolong.

Ketika Ku Mohon Pada Allah Bantuan,
Allah Memberikan Kesempatan.

Aku Tidak Menerima Apa Yang Aku Pinta,
Tapi Aku Menerima Apa Yang Aku Perlukan.
Doaku Sudah Terjawab.


* terjumpe sajak ni waktu tengah kemas2 bilik..memang tengah depress pon. sajak nie sedikit sebanyak mendamaikan jiwa..Moga berguna juga pada yang lain..

Monday, December 27, 2010

Derita Orang Gila




Di Hujung Pinggir Sana,
Ade Seorang Insan,
Bermundar Mandir,
Tiada Arah.

Tiada siapa peduli..
Kerna,
Dia Orang Gile!

Orang Gila Merenung Dunia,
Sekejap A,
Sekejap B,
Sekejap Dilihatnya Siang,
Kadangkala Disangka Malam.
Terkadang Sedih.
Adakalnya pula, dia menangis.


Gilakah kau?
Kaulah Gila!!
Balas Orang Gila.


Orang Gila tak perlu Sembahyang!
Tak Perlu Zakat,
Tak perlu Haji,
Tak Perlu Puasa,
Tak Perlu Wudu',
Tak Perlu Ikut berperang,
Tiada Tanggungjawab..

Seronok?
Bahagia dalam Dunia sendiri?

Tanyalah Orang gila!
Atau Tanyakan Diri kau!
Apakah Kau Mahu Menjadi Orang Gila?


* Dedikasi Untuk Pesakit2 Psychiatry termasuk yg menjadi Hiburan aku kat ward. hohoho~

"Kamu Terpilih Menjadi CiptaanNya Yang Istimewa, Dan Deritamu, Hanya Allah Saja Yang Tahu~"

Tuesday, April 6, 2010

Chapter 1 : Bukan Jalan Yang Sama


Sejak kecil Azmi sedar. Ketawa, bahagia dan riang gembira, bukan diciptakan untuknya. Tangisan Ibunyalah yang menjadi teman setia. Saban hari Azmi mendengar rintihan pilu ibu. Setiap hari Azmi bersabar menenangkan ibu yang berduka. Kadang-kadang terdetik di hatinya. Mengapa ibu? Mengapa ibu yang diuji sebegini rupa? Mengapa bukan Mak Cik Joyah? Tukang sapu yang becok mulutnya ke kiri kanan membawa kata nista. Mengapa bukan Mak Cik Tipah? Janda yang tergedik-gedik mengoda para suami yang kaya raya.

Mengapa mesti ibu? Ibu yang membesarkan Azmi berseorangan. Bagaikan ayah sudah tiada.

“Sebab mak kau Bodoh!” Alasan ayah meninggalkan ibu. Meninggalkan kami sekeluarga tanpa sekelumit kesal di wajahnya. Masih terngiang-ngiang bergema mendera telinga Azmi.

Ibu tetap tabah! Masih tegar mengukir senyuman manis di hadapan saudara mara dan sahabat handai. Senyuman yang mekar seolah-olah tiada apa berlaku. Senyuman palsu buat Azmi. Senyuman yang menyembunyikan seribu satu cerita derita yang dialaminya sekian lama.

Ibu terlalu sempurna buat Azmi. Seawal pagi menyeka mata menyiapkan nasi lemak untuk dijual dipasar. Derita yang tersimpan sekian lama seolah-olah sudah terbiasa.

Azmi sedar. Kebahagiannya, adalah kebahagian ibu. Ketenangannya, apabila ibu gembira. Dan kegembiraannya bilamana ibu tidak lagi berduka.

Ijazah ini buatmu ibu. Secangkir wangian mawar merawat luka di hatimu. Tinta untuk menulis lembaran baru, kisah bahagia buat ibu.

Azmi mengharamkan kakinya melangkah mengikuti jejak ayah. Jalan Pendosa! Jalan yang membuatkan ibu tengelam lemas dalam arus derita! Di hatinya tersemat sebuah tekad. Satu kepastian. Jalan yang akan dipilihnya, bukan jalan yang sama.