Zafeera Boutique

Tuesday, February 16, 2010

Mencari Jalan Pulang...

















Perjalanan hidup berlalu terlalu pantas. Lantas hari-hari lalu seolah-olah terlalu jauh tertinggal dibelakang. Seandainya tidak terus maju. Mungkin akan terbelakang selamanya. Dan disitulah Zaki teraba-raba mencari sinar hidupnya. Samar dan masih bergelumang di dalam denai kehidupan yang seolah-olah tiada penghujungnye.

Bukannya tidak pernah berusaha. Bukan juga tidak pernah mencuba. Malah tidak pernah dia membiarkan saja. Sudah puas menjelajah ke ufuk utara, selatan, timur dan barat. Mencari penawar derita. Mencari jalan pulang.

Zaki kerap bertanya, cuba menjejak susur langkah para pengembara yang jelas arah tujunya. Cuba mengikuti mereka. Namun mereka berpaling, tidak sesekali menghiraukannya. Mungkin kerana longlai langkahnya. Mungkin kerana tempang kakinya. Dan mungkin kerana tiada rupa dan buta matanya. Mereka meninggalkannya.

Zaki terus berusaha dan mencuba. Dan untuk sekian kalinya, hari ini, terdetik dihatinya. Mungkin sudah cukup untuknya. Cukup sampai sini. Derita ini tidak akan padam. Sakit ini tak kan pernah hilang. Biarkan saja.



1. Dia memasamkan muka dan berpaling,
2. Kerana dia didatangi orang buta.
3. Dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui tujuannya kedatangannya, Wahai Muhammad ? Barangkali ia mahu membersihkan hatinya (dengan pelajaran agama yang didapatinya daripadamu)!
4. Ataupun Dia mahu mendapat peringatan, supaya peringatan itu memberi manfaat kepadaNya.
5. Adapun orang yang merasa keadaannya telah cukup, tidak berhajat lagi (kepada ajaran Al-Quran),
6. Maka Engkau bersungguh-sungguh melayaninya.

(A'BASA : AYAT 1-6 )

3 comments: